Friday, May 7, 2010

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.


Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, May 6, 2010

Adilkah Hukuman kepada BENJI?

Salam Sejahtera...

Terus terang aku keliru dengan undang-undang di Malaysia, terutama sekali dadah..

Hairan betul,, setahu aku kalau penghisap atau mat gian, mat feet, selalunya kalau ditahan diperiksa urine, dan positif dadah selalunya di tahan dan dihantar ke pusat pemulihan Serenti...

Kalau pengedar pulak, jikalau lebih dari 25 gram ke atas kalau tak silap aku hukuman mandotori gantung sampai mati, tolong betulkan kalau aku salah...

tetapi mengenai bab si pelakon Benjy ni kalau nak kira megikut dari laporan polis melalui akbar, dia ni kesnya lagi hebat, bukan lagi pengedar, malah siap ada makmal proses lagi, waktu sidang akhbar polis dulu, siap ada buku resepi lagi nak buat dadah, ni kategori lagi hebat....

Tetapi hukumannya 2 tahun di pusat pemulihan akhlak,,, oii benjy ni budak bawah umur ka!! Sebab setahu aku pusat pemulihan akhlak untuk budak bawah 18 tahun, benjy ni dah bapak budak....

Apakah kerana ia pelakon!!!, Macam Jamal abdillah dulu, waktu mula-mula ditahan di Sarawak, pun kena kena pusat tahanan saja, sebab ia penagih, tetapi benjy bukan penagih, mak dia sendiri Azean Irdawati pun menafikan dengan mengatakan anak dia gemok, bukan macam penagih dadah...

Kenapa ya,,, kena kepada pengedar biasa, tak kira tok imam masjid ka dribar teksi ka.., silap-silap hari bulan gantung sampai mati, kalau tak ... pun seumur hidup penjara....

Tetapi bab benjy ni lain pulak...., hairan aku,,, bukan aku dengki atau apa pulak, kalau nak buat undang-undang tu biar adil kepada semua rakyat,,, jangan anak atau adik menteri lain, rakyat biasa lain,,, nanti kalau dah kena dua tahun untuk artis, apa kata ramai lagi artis akan turut serta dalam pengedaran dadah.... apa nak hairan 2 tahun hukuman di pusat pemulihan....,

Hebat 1malaysia

Wednesday, May 5, 2010

ROMPAKAN SAMURAI??? CERITA BERANGKAI POLIS

Assalamualaikum...huuhuh...Ejen Hijau tahu semua orang cerita semalam kan???Ada kait mengait nak bersih imej ke??Ejen Hijau x cakap eh...ni PERSEPSI RAKYAT...Betul x???cuba buka minda korang...baca niee

"Salam 1Malaysia a.k.a 1Israel,

Sebentar tadi 1Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang mempunyai kesinambungan tersendiri dengan kes yang sedang disiasat-siat, iaitu tragedi kematian adik Aminulrashid. Berita tersebut berbunyi seperti di bawah; dipetik dari utusan online;


KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.
Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.
Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan

Dapat diperhatikan berita di atas terlalu ringkas dan tiada ending yang menterjemahkan kesimpulan kejadian tersebut. Namun apabila berita ini mencecah ke buletin utama sebentar tadi, bunyi yang diperdengarkan oleh jutaan umat lebih menyeramkan kerana disebut ; sekumpulan remaja berumur 15 tahun merompak kafe siber sekitar jam 3 pagi bersenjatakan parang dan gergaji. Pihak polis juga menunjukkan aksi-aksi remaja tersebut cuba memenggal kepala polis yang bertugas ketika itu.
Apakah yang sebenarnya sedang berlaku di dalam negara bertema 1Malaysia ketika ini? Mari kita imbas kembali, dan lakukan sedikit ulangkaji.

Jika minggu lalu, dada-dada akhbar memaparkan pelbagai coretan berita berbentuk nasihat dan amaran supaya ibu-bapa mengawal tindak-tanduk anak-anak, ia secara terus merujuk kepada betapa bersalahnya adik Aminulrashid kerana keluar malam tengok bola dikedai mamak berlesenkan lesen agong. Disedari atau tidak, berita berbentuk nasihat tersebut adalah satu bentuk propa yang jelas ingin mengalih persepsi rakyat supaya menyalahkan keluarga si mati.

Cuba anda-anda yang bijak pandai lagi celik mendomba sedikit renungan, mengapa tidak di dada-dada akhbar itu menempatkan artikel nasihat kepada pihak polis supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas? Mengapa tidak rencana dalam akhbar tersebut mengimbau kembali segala salahlaku institusi kepolisian yang pernah berlaku sebelum ini supaya dijadikan pedoman kepada pihak polis dan para rekrutinya.

Hanya rencana berita yang mempertikai tanggungjawab ibu-bapa sahaja diputarkan ke seantero malaya melalui akhbar perdana. Bagaimana tanggungjawab polis dalam menjalankan tugas. Mana akauntabilitinya?

Inilah propaganda hebat dari akhbar yang menjadi sayap kanan UMNO dari dulu kini dan sampai bila-bila. Akhbar arus perdana memuntahkan rencana yang memancing persepsi rakyat dengan delegasi berita yang menjadikan sentimen pembaca menuding jari kepada keluarga si mati, agar lebih dipersalahkan dan menjadi punca mutlak kejadian tembak-menembak tersebut. Kita tinggalkan cerita minggu lalu, ayuh kita kepresent tense iaitu hari ini.

Hari ini, dengan tidak semena-mena timbul pula satu berita yang signifikasi daripada kejadian yang menimpa Aminulrashid. Sekumpulan remaja ber-parang-bagai, menyamun kafe siber pada jam 3 pagi. Inilah kesinambungan mudah daripada peristiwa sebelumnya. Kejadian samun, berparang, dilalakukan oleh sekumpulan remaja yang sebaya dengan Aminulrashid. Rakyat diajak berfikir bahawa tidak mustahil arwah Aminulrashid boleh terlibat dalam kejadian yang sama, dan kerana itu jugalah penemuan parang dalam iswara putih tersebut perlu di ambil kira dengan serius! Ini adalah satu permainan berangkai yang sangat jahat !!

Kejadian samun siber kafe bersenjata parang berlaku jam 3 pagi kelmarin. Dikhabarkan juga dalam buletin utama bahawa pihak polis melepaskan tembakkan terhadap remaja yang menyamun kafe tersebut kerana pihak polis di dalam kedudukan diserang bersenjatakan parang. Namun tiada pula khabarnya remaja yang ditembak. Tiada gambar atau rakaman susulan terhadap kejadian tersebut. Sepatutnya repoter akan membuat liputan yang menghasilkan gambar remaja tersebut ditembak atau sekurang-kurangnya gambar remaja tersebut terlantar dek tembakkan perluru hidup. Adakah remaja samun itu mati ditembak? Atau berita ini rekaan semata-mata??

Mereka harus merekayasa ceritera dan sandiwara demi untuk membeli persepsi rakyat. Siapa yang mahu membelinya? Jika ramai yang membelinya, terima kasih kepada polis panik yang tergamak menjelmakan parang kepada si penjenayah yang bernama Aminulrashid. Terima kasih juga kerana membelasah rakannya si arwah demi untuk memberi tekanan istimewa agar kesilapan anda-anda semua ditutup dengan bantuan yang maha menguasai Malaysia.

Harus diingat, warga Malaysia pasca Mahathir adalah warga yang bijak dan celik berita. Kita harus bijak menafsir berita arus perdana sebagaimana kita menafsir sebarang berita arus alternatif. Rakyat pasca Mahathir adalah rakyat yang tersedar dari lamunan puluhan tahun, sejak lahir mahupun sejak baligh. Demi agama dan bangsa, bangkitlah menentang yang zalim!

Sepertimana yang sering saya perkatakan dalam rencana sebelum ini, kita rakyat Malaysia dibunuh lebih kejam daripada regim khemer rouge kerana kita dibunuh secara halus dan perlahan dengan menanggung kehidupan yang menjerut pernafasan, perlahan-lahan... sedarlah dan bangkitlah membentuk revolusi Malaysia baru. Malaysia yang berorientasikan kebajikan rakyat! Kerajaan Rakyat !!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Puas berpikir??betul ke idak???entahla...Ejen Hijau mampu kata subjektif pada diri korang sendiri laaa

Pertandingan Menulis POST mengenai pandangan Bloggers terhadap politik sekarang--UPDATE.

(Takde lagi sesiapa berminat..so nak update)

Assalamualaikum..aish...baru bukak blog dah nak wat "Competition" yeps..memang nak wat competition. Competition die mudah saje. Competition ini ialah pertandingan Post Blog yang paling menarik perhatian dan idea membina berkenaan politik di dalam negara kita. huhuhu..PANDANGAN BLOGGERS Sebagai pemerhati politik. Mudah sahaja kan?
Bagaimana dengan syaratnya? Lihat di bawah:

1. Untuk menyertai pertandingan ini, sila komen dibahagian komen untuk menyatakan anda berminat.

2. Penyertaan akan dibuka sehingga pukul 12 malam esok. Maksudnya siapa yang nak masuk selepas itu x boleh dah masuk.

3.Masa membuat post berkenaan pertandingan ialah seminggu. Maknanya masa diberi sehingga 12/05/10 tepat pukul 12 malam.

4. Selepas itu post akan dinilai oleh syaa sendiri dari segi isi dan penyamapain.(menarik atau tidak)

5. pengumuman pemenang ialah dua hari setelah tamat masa membuat post.

HADIAH????

Tempat Pertama : RM30
Tempat Kedua : RM 20
Tempat Ketiga : RM 10

Cepata...Contest yang mudah dan murah je...ape tunggu lagi..Jom!!!!!


LAWAK EJEN HIJAU : Antara CIA, FBI dan PDRM

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, "OK, OK... aku arnab... aku arnab!!"


Korang tahu x ape maksud nie??

Sabah : Hak Kamu di Mana

Assalamualaikum...selamat pagi...ejen Hijau nak tanya??sabah...camne petroleum kamu lepas kat BRUNEI????huhuh...Penjajah amik kah? Sedekah kah? atau kena Tipu kah???...

Huhuhuhu..ejen Hijau Kesian Kat rakyat Sabah.. Bace ni..

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.



“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini.

Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.

Menurut beliau, Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, beliau menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, Mahfuz turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Menurut beliau, dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

“(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

“Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan,” beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.

Korang Kesian x?huhuhu..ejen Hijau kesian

Pertandingan Menulis POST mengenai pandangan Bloggers terhadap politik sekarang.

Assalamualaikum..aish...baru bukak blog dah nak wat "Competition" yeps..memang nak wat competition. Competition die mudah saje. Competition ini ialah pertandingan Post Blog yang paling menarik perhatian dan idea membina berkenaan politik di dalam negara kita. huhuhu..PANDANGAN BLOGGERS Sebagai pemerhati politik. Mudah sahaja kan?
Bagaimana dengan syaratnya? Lihat di bawah:

1. Untuk menyertai pertandingan ini, sila komen dibahagian komen untuk menyatakan anda berminat.

2. Penyertaan akan dibuka sehingga pukul 12 malam esok. Maksudnya siapa yang nak masuk selepas itu x boleh dah masuk.

3.Masa membuat post berkenaan pertandingan ialah seminggu. Maknanya masa diberi sehingga 12/05/10 tepat pukul 12 malam.

4. Selepas itu post akan dinilai oleh syaa sendiri dari segi isi dan penyamapain.(menarik atau tidak)

5. pengumuman pemenang ialah dua hari setelah tamat masa membuat post.

HADIAH????

Tempat Pertama : RM30
Tempat Kedua : RM 20
Tempat Ketiga : RM 10

Cepata...Contest yang mudah dan murah je...ape tunggu lagi..Jom!!!!!